Penggunaan laman sesawang ISIHAT RESOURCES (i-Sihat) yang beralamat www.isihat.com.my dan semua maklumat sampingan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan.

Pengguna haruslah membaca penafian dan syarat yang telah ditetapkan sebelum melayari laman sesawang i-Sihat. Pengguna dikira bersetuju dan terikat dengan penafian dan syarat selama penggunaan laman sesawang ini. Pengguna yang terus melayari laman sesawang ini tanpa membacanya akan dianggap sebagai menerima segala penafian dan syarat yang dinyatakan.

i-Sihat berhak membuat perubahan kepada penafian ini tanpa notis. Sekiranya i-Sihat membuat sebarang perubahan penting kepada penafian dan syarat ini, ia akan dimuat naik di sini. I-Sihat menggalakkan pengguna laman sesawang i-sihat untuk sentiasa menyemak halaman ini. i-Sihat akan menganggap pengguna telah bersetuju dengan penafian dan syarat yang baru sekiranya pengguna terus melayari laman sesawang i-Sihat selepas sebarang perubahan itu dibuat.

 

Dasar Keselamatan, Hakcipta, dan Tanda Niaga

Segala kandungan dalam laman sesawang ini, termasuklah teks, reka bentuk, dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran hanyalah diberi kepada individu dan syarikat yang berdafar secara sah dengan i-sihat sahaja. Mereka mempunyai kebenaran bertulis dan tujuan penggunaan terhad untuk mempromosikan i-Sihat sahaja kecuali diberitahu sebaliknya.

Penggunaan bahan material dalam laman sesawang ini untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi untuk pihak yang selain daripada yang disebut diatas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian, pengedaran atau penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak i-Sihat adalah dilarang sepenuhnya. I-Sihat tidak bertanggungjawab sekiranya ada mana-mana pihak yang membuat penerbitan semula kandungan yang terdapat di laman sesawang ini di mana-mana media lain termasuk laman web dan media sosial.

Manakala, rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari laman sesawang i-Sihat adalah dibenarkan dan dialu-alukan dengan syarat ia tidak diolah mahupun diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat. i-Sihat sama sekali tidak akan bertanggungjawab sekiranya artikel yang di ambil dari laman web ini diolah, dipinda atau diubahsuai dan berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan semasa menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini, ia adalah atas tanggungan sendiri.

Pihak-pihak lain yang memiliki tanda niaga atau logo yang terdapat didalam laman web i-Sihat atau menggunakannya adalah dilarang. Tanda niaga, logo yang terdapat didalam laman sesawang ini adalah hak milik ISIHAT RESOURCES sepenuhnya.
i-Sihat sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak yang berkenaan boleh menghubungi kami.

 

Testimonial dan Keberkesanan Produk

Setiap Testimonial yang dipaparkan di laman sesawang i-Sihat ini adalah dari pengguna i-Sihat yang sebenar. Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu mengikut keadaan, sistem biologikal, latarbelakang, dan kesihatan pengguna. Produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara yang betul mengikut cadangan i-sihat dan berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi.

 

Penafian

Isihat Resources (i-Sihat) sangat komited untuk menghasilkan laman sesawang yang lengkap dan mudah bagi tatapan seluruh pengunjungnya. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketepatan dan kebenaran segala isi kandungan di dalam laman sesawang ini. Namun, pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan laman sesawang ini tidak membuat sebarang jaminan tentang ketepatan dan kebenaran tersebut untuk sebarang tujuan ataupun kebolehpercayaan sumber-sumber dari mana isi kandungan laman web ini didapati (sama ada sumber-sumber tersebut disebutkan ataupun tidak). Oleh itu, i-Sihat dengan jelasnya menolak tuntutan sebarang dan semua liabiliti yang bersangkutan dengan, ataupun yang terbit daripada penggunaan isi kandungan laman sesawang ini.

Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh i-Sihat (samada yang terbit dari undang-undang kontrak, tort ataupun kecuaian "negligence") untuk sebarang kesilapan atau kesalahan adalah dengan jelasnya ditolak tuntut dengan sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Setiap tujuan untuk memperkenalkan dan menguar-uarkan info produk serta kemaskini sebarang aktiviti dan pertandingan yang dijalankan oleh i-Sihat yang disebutkan dalam laman sesawang ini adalah tertakluk kepada keperluan undang-undang dan kawal selia dalam bidang kuasa yang berkenaan sahaja dan mungkin tidak boleh diperolehi dalam bidang-bidang kuasa yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada penasihat anda atau wakil dari i-Sihat.