Mengenai Kami

I-sihat yang popular dengan tagline 'Hadiah Terbaik Buat Diri mu' dan 'i-SIHAT, You SIHAT, Semua SIHAT' merupakan syarikat milikan penuh orang Islam dan Bumiputera. Proses pengilangan kami juga berteraskan aturan Islam dan Halal 100% serta suci tanpa ragu-ragu. Kepakaran kami di i-sihat ini adalah dalam merevolusikan susu kambing dan makanan sunnah ke tahap citarasa bertaraf antarabangsa dan dirumuskan secara saintifik. Bahkan kami juga mendapat nasihat dan perundingan dari Doktor Perubatan dalam menghasilkan formulasi dan menjadi penasihat kesihatan i-sihat.

 

wanita ramai s


Syarikat kami juga telah pun menjalankan analisis ujian makmal produk kami di dua (2) buah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi memastikan kandungan dan fakta nutrisi produk kami adalah benar dan terbukti melalui analisis ujian makmal tersebut. Malahan, kesemua produk yang dikeluarkan oleh i-sihat di jamin halal (No Rujukan: JAKIM /(S)/(22.00)/492/2/1069-11/2012-30sept2018)



rajah 2

Rajah 3

logo-els

 

I-sihat mengeluarkan 3 produk utama iaitu i-sihat susu kambing Asli, i-sihat susu kambing Vachoc Plus 10 dan i-Sihat Premium Berry 15 dalam 1. Keistimewaan produk kami ialah produk pertama di Malaysia yang mengeluarkan perisa vanila yang digabungkan dengan rasa coklat serta ditambah dengan 10 ekstrak makanan tambahan dikenali sebagai Vachoc Plus 10, manakala Premium Berry pula adalah produk susu kambing yang dirumus istimewa dengan 15 bahan aktif semulajadi untuk kesihatan kulit. Ia berfungsi sebagai ejen anti-penuaan dan kesihatan dalaman melalui gabungan ekstrak terpilih seperti ekstrak bunga sakura, applephenon, astaxanthin, kolagen, madu dan banyak lagi. Revolusi baru makanan kesihatan yang berasaskan susu kambing dibawa i-sihat kini semakin dikenali ramai serta mendapat permintaan tinggi dari VVIP, golongan profesional, ahli sukan, belia, gadis muda, ibu hamil & ibu menyusukan anak, kanak-kanak & bayi seawal usia 6 bulan. Selain itu, produk i-Sihat juga menjadi pilihan utama warga emas, dan ia sebenarnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan jantina. I-sihat adalah produk yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang mesra pengguna serta diperkaya dengan pelbagai nutrisi.

 

I-Sihat juga membantu masyarakat diluar sana dengan menyediakan ruang & peluang sebagai rakan niaga kami untuk menjadi ejen kami yang dikenali sebagai ‘Gold Partner’ atau stokis kami dikenali sebagai ‘Diamond Partner’. I-sihat pastinya tidak berada di sini tanpa sokongan padu dari pengguna i-sihat (healthians) serta kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat dari staf, kilang, ejen-ejen dan stokis kami. Terima kasih di ucapkan kepada semua.

 

rajah 5

 

i-Sihat:
Tasty-Tested-Trusted